PETUA DAN TIPS

Macam mana nak jaga kain felt?
Kenapa kain felt saya terlipat-lipat dan ada garis-garis halus?tak cantiklah...
Macam mana nak memastikan kain felt ni tak cepat rosak?
Felt saya cepat sangat berbulu!
Felt saya macam reput dan mudah tercarik...

Kalau yang biasa buat felt tu mesti ada yang akan mengalami 1,2 macam masalah kat atas kan?
Nak-nak kalau yang masih baru lagi dalam dunia felt craft. Kan? Jangan risau, kat sini kami ada 4J untuk crafter kat luar sana elakkan!

  1. Jangan dedahkan kain felt secara terus pada cahaya matahari! (elakkan dari letak kat tepi tingkap,walaupun ada langsir yang tutup,cahaya tetap dapat menembus masuk dan kain felt akan cepat rosak dan reput!)
  2. Jangan lipat kain felt! (walaupun kadang-kadang kita tak lipat pon,tapi kalau-kalau kecuaian kita semasa membuat felt (terlipat sendiri) pon boleh buat felt 'hilang seri' dengan kata lain tak cantik,jadi hati-hati k)
  3. Jangan basuh kain felt dengan menggunakan mesin basuh! (kain felt sangat sensitif terutamanya yang jenis polyester felt kerana felt akan jadi berbulu dan mudah tercarik-carik,jadi kalau felt kotor,anda boleh rendamkan kain felt anda dengan air suam dan gosok secara perlahan ataupun basahkan kain ataupun tisu yang lembut dan gosok kawasan yang kotor itu)
  4. Jangan iron kain felt dengan suhu yang tinggi! (felt sangat sensitif pada suhu atau haba yang tinggi,kain felt akan mula mencair dan hilang struktur asalnya,jadi elakkanlah dari mengosok atau mendedahkannya pada kawasan yang panas tau!)

No comments:

Post a Comment